2011年3月27日星期日

Nangka

     
SUNCO JACKFRUIT
72B,LORONG MERANTI 2/1B, TAMAN DESA MERANTI, 08000, SUNGAI PETANI KEDAH, MALAYSIA
TEL:04-4318121, +6019-4741908 (GOH TUAN PENG)


Pengenalan
 Nangka ialah buah tropika dan juga merupakan buah yang terbesar di dunia. Pada masa sekarang, di Malaysia, spesies yang paling manis adalah J33 dan CJ3. Pada masa sekarang, jenis spesies kami tiada daftar dengan  Kementerian Pertanian Malaysia, dan saya ingin memperkenalkan spesis kami   yang bernama “Sunco”. 
    
• J33 isi dagingnya manis, berisi kuning dan sedikit masam rasanya. 
     • CJ3 isi dagingnya manis dan tipis, berisi kuning dan enak rasanya. 
     • Sunco isi dagingnya manis,  berisi kuning dan enak rasanya. Selepas makan,       bau masih ada di dalam mulut dan tinggal di tekak. Walaupun minum air             selepas makannya, baunya masih ada di tekak. Ciri-ciri ini tidak dapat             dibandingkan dengan spesies yang lain. 


 Saya tidak mengkritik spesies Nangka yang lain, tapi saya ingin berbincang dan nasihat dari segi teknikal, kerana saya seorang pemborong profesional, pembeli dan pengusaha ladang. Tentu saja, saya akan memilih spesies yang terbaik untuk dibeli. 

Objektif
     Pada masa sekarang, saya seorang pembeli and pemborong. Saya ada banyak pengetahuan dalam bidang pengusahaan ladang, lebih dari 10 tahun. Untuk jangka panjang, saya ingin pengusaha ladang sendiri untuk mencapai objektif saya, iaitu pengeksport dan pemborong tempatan yang berjaya. 


Pengetahuan Pasaran

1)     Pada masa sekarang, harga jualan borong buah kepda peruncit ialah RM3/Kg, dan harga beli ialah RM 2.60/Kg. 
* Purata dalam 3 hari, kami dapat menjual 100 biji, dan andaikan 20kg 
        sebiji.
     * Keuntungan pemborong ialah  RM0.40 x 20kg x 100biji = RM800.00/3hari.   
2)     Pemilik ladang di mana saya membeli dapat membekalkan pada harga RM2.30/kg. Dalam 3 hari saya dapat mengankut nangka ~5000kg. Bergantung kepada berapa banyak lori saya dapat pengankut.

3)  Pada masa ini, keperluan pasaran boleh mencapai 3 kali ganda dari jumlah
     pengeluaran sebenarnya. Tapi masa sekarang tiada penanam yang berusaha
     lebih dari 100 hektar dengan berjaya. 

4
) Jika Kerajaan dan sektor swasta berminat dalam bidang ini, sila ambil perhatian,
     kerana bidang ini memberi pulangan keuntungan yang mewah. 

5) Kami akan merasa sukahati jika Kerajaan boleh mempertimbangkan
peruntukkan kemudahan pertanian untuk kami, seperti tanah pertanian dan
modal.   
    Dalam pengalaman saya sebagai penanam buah Nangka, 20 ekar tanah dari
awal penanaman sampai pengeluaran (dalam tahun 2000-2003) akan
berbelanja RM200, 000.00. Purata 1 ekar ialah perlu RM10, 000.00. Pada tahun
2003, harga borong adalah RM1.10 ~ RM1.40. Manakala harga beli ialah
RM0.70, dalam 3 tahun  pulangan modal sudah telah diperolehi. 

6) 1 ekar dapat ditanam 70 pohon Nangka, pokok biasanya boleh tinggal 10 -15
 biji Nangka, (jika ingin buah  besar, buah hanya boleh tinggal 5-10) .
     Berat Nangka adalah dalam lingkungan
15 kg-18kg, ini adalah hasil tanaman
 yang paling sesuai and bagus. Jika anda ingin mendapat Nangka yang lebih    berat, maka bilangan buah untuk sepohon akan menjadi kurang. 

7) Nangka mempunyai 2 ½ musim dalam satu tahun, dan dalam 2 tahun ada 5
musim, dari buah berbunga hingga buah matang, ia perlu 105-120 hari.
 
  
* sepohon pokok dapat hasil 12 biji Nangka/musim, dan 2 ½ musim = 30 biji. 
      andaikan setiap buah beratnya 16kg,
          30 x 16kg = 480kg 
     480kg x RM2.60 (harga runcit) = RM1248/tahun/pokok 
  *100ha x 70 pokok= 7000 pokok 
   
   Jumlah jualan = 7000 pokok x Rm1248 (tahun/pokok) = RM8, 736,000.00 

  *Satu tahun kos tanaman= RM 2,184,000.00 (25% vs jumlah jualan)
  * kos rugi (rosak)= RM 436,800.00 (5% vs jumlah jualan )
  * Penyelidikan (R & D) = RM 218,400.00 (2.5% vs jumlah jualan)
  * Ansuran bank = RM 655,200.00 (7.5% vs jumlah jualan)
              (dalam 3 tahun dapat menjelaskan pinjaman RM1,000, 000)

      Jumlah Perbelanjaan = RM 3,494,400.00 (40% dari jumlah jualan)

RM8, 736,000.00 - RM 3,494,000.00 = RM5, 241,600.00 (untung bersih)
----------------------------------------------------Tamat-------------------------------------------------

Disediakan oleh:



‘---------------------------------
(Goh Tuan Peng)

Tarikh :  









1 条评论:

  1. Top 10 best online game for kids | choegomachine.com
    Here's the 에스엠카지노 best new, more thrilling online game you can play! for children all over 파라오카지노 the world. 4. POKER ONLINE. 6. HABANERO GAMES. 7. BABY POWERPOKER ONLINE. 8. RACE GAME.9. RTP

    回复删除